10 Mafia Gangster Paling Berpengaruh di Dunia..!!!!

Kalau sebut pasal gangter pasti kita akan terngiang-ngiang tentang geng 007, Tiga Line, Geng 30 pastinya nama yang sering meniti di bibir berita... Tapi kalini jom kita selongkar geng mafia di seluruh dunia

1. Russian Mafia
Russian Mafia yang berakar di Russia ini memiliki pengaruh di seluruh dunia. Organisasinya diwakili oleh 100,000 hingga 500,000 anggota. Mereka terlibat dalam berbagai jenayah terancang di negara-negara seperti Israel, Hungary, Spain, Canada, UK, US, Russia dan banyak lagi. Mereka juga berpindah ke Israel, Amerika, dan Jerman dengan menggunakan identiti rakyat Jerman atau Yahudi. Aktiviti mereka meliputi perdagangan dadah dan senjata api, pengeboman, penyelundupan, pornografi, penipuan internat dan lain-lain lagi. Salah satu peraturan mereka adalah "tidak akan bekerja sama dengan pihak berkuasa".

Jika ada anggota yang membocorkan maklumat ketika ditahan oleh pihak polis, mereka akan dibunuh setelah dibebaskan. Organisasi ini ditakuti kerana akan membunuh sesiapa sahaja dengan apa jua sebabnya.


2. Sicilian and American Cosa Nostra

Sicilian and American Cosa Nostra boleh dikatakan sebagai kumpulan yang masih baru. Mafia ini ditubuhkan pada suku kedua abad ke-19 di Itali. Walaupun masih berusia "muda", mafia ini memiliki kemampuan yang hebat dalam melaksanakan jenayah besar dan mampu meloloskan diri. Aktiviti mereka meliputi perlindungan ahli, perdagangan dadah dan senjata. Anggota mafia ini hanya sedikit, berjumlah antara 3,000 hingga 4,000 orang. Namun, anggota-angota mafia ini biasanya berpakatan dengan pihak-pihak lain diluar kumpulan mereka. Anggota organisasi biasanya harus menyelesaikan satu tugas yang diberikan kepadanya sebelum diterima masuk, selalunya mereka akan ditugaskan untuk membunuh seseorang bagi membuktikan kelayakannya. Setiap anggota organisasi harus mengikuti peraturan untuk tidak membocorkan mengenai organisasi.


3. Colombian Drug Cartels
Colombian Drug Cartels ditubuhkan bagi mengawal perdagangan dadah. Organisasi ini beroperasi di banyak negara. Organisasi ini juga memiliki banyak sokongan dengan dunia politik, tentera dan golongan elite secara rahsia. Kumpulan kartel utama yang ada di Colombia diantaranya adalah the Cali Cartel, Medellin Cartel dan the Norte del Valle Cartel. Organisasi ini juga terlibat dalam berbagai jenayah penculikan dan pengganas.

Teruskan Pembacaan....

Klik Untuk Baca Lagi »

0 Response to "10 Mafia Gangster Paling Berpengaruh di Dunia..!!!!"

Post a Comment