10 Drama Bersiri TV Terhangat di Malaysia Sepanjang 2013..!!!!



Kebelakangan ini drama-drama siri Melayu berjaya mewujudkan komuniti peminatnya sendiri. Saban hari drama-drama ini makin mendapat tempat dan pengikitnya sendiri, Meskipun sebahagian besar plotnya diseragamkan kepada konflik percintaan, peminatnya tetap tidak jemu menagih cerita yang berakarkan emosi berlebihan.

Impak adaptasi dari novel, cerita yang menarik ditambah dengan barisan pelakon hebat berjaya menarik perhatian penonton untuk melekat di kaca tv menanti hari demi hari episod siri drama kesayangan mereka.

10. Dahlia

Drama yang mengisahkan seorang wanita bernama Dahlia(Dira) yang terpaksa hidup bersama suaminya Razman (Hans) yang berlaku curang. Dahlia akhirnya tekad untuk bercerai dan membina hidup baru. Penceraian Razman dan Dahlia adalah adalah disebabkan desakan Haliza iaitu teman wanita Razman. Setelah bercerai, Dahlia bertemu dengan seorang ahli korporat yang baik hati bernama Fuad. Fuad banyak menjadi pendorong kepada Dahlia yang telah ditipu oleh bekas suaminya


9. Asmara Luna

Drama bersiri 13 episod terbitan JS Pictures Sdn. Bhd dan skrip ditulis oleh Sofia J Rhyland ini dibarisi pelakon seperti Siti Saleha, Shukri Yahaya, Aidil Aziz, Sofea Jane, Miera Liyana, Kartina Aziz, Liza Abdullah, Roy Azman,Eyka Farhana, dan ramai lagi.

Asmara Luna ini mengisahkan Luna yang telah terpisah selama 21 tahun dengan ibu kandungnya. Luna berusaha mencari di mana ibunya berada. Dapatkah Luna menemui kembali ibunya setelah lama mendambakan kasih sayang seorang ibu yang telah lama tidak dirasainya?
8. Cinta Jangan Pergi

Cinta Jangan Pergi mengisahkan perjanjian manis dua kekasih sehidup semati namun siapa sangka dalam sekelip mata, takdir bakal merubah segalanya. Lea Soraya (Tiz Zaqyah) dan Kalil (Remy Ishak) dua insan yang tidak pernah bertemu mula menjalin cinta secara tidak sengaja bertembung dalam perjalanan ke Paris. Takdir bagaikan sengaja terus menemukan mereka apabila sekali lagi mereka ke destinasi dan mempunyai tujuan yang sama untuk menjelajah ke seluruh Eropah seorang diri.

Mulanya Lea kurang menyenangi kehadiran Kalil yang kelihatan seperti cuba untuk meraih perhatiannya. Tetapi setelah saling mengenali dan menghabiskan masa bersama, bibit-bibit cinta mula terbit di hati dan mereka mula mengikat janji. Kalil akan membuktikan cintanya bukan hanya untuk semusim dan cintanya hanya untuk Lea. Namun siapa sangka, dalam sekelip mata segala yang dirancang berubah tanpa diduga. Dua hati yang bersumpah setia terpisah apabila satu insiden tidak diingini menimpa Kalil.

Teruskan Pembacaan...
Klik Untuk Baca Lagi »

0 Response to "10 Drama Bersiri TV Terhangat di Malaysia Sepanjang 2013..!!!!"

Post a Comment