10 Perkara Penting Semasa Temuduga...!!!

Tips Temuduga – 10 Perkara Penting Semasa Temuduga | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Teacher Muja menulis entry yang sangat penting hari ini terutamanya bagi mereka yang hendak memohon pekerjaan. Teringat pulak kenangan temuduga kemasukan ke Institut Pendidikan Guru zaman muda dulu.

Teacher Muja yakin yang semua daripada kita pernah melalui atau akan melalui sekurang-kurangnya sekali pengalaman temuduga. Kalau bagi pelajar, biasanya temuduga untuk kemasukan ke pusat pengajian. Namun begitu, yang lebih kritikal adalah temuduga untuk mendapatkan pekerjaan yang selalunya meminta kepada pengalaman.

Untuk melalui pengalaman temuduga yang baik, kita haruslah tahu perkara-perkara penting semasa temuduga yang akan ditekankan oleh para penemuduga. Moga dengan mengetahui semua ini akan dapat membantu penyediaan kita menghadapinya dengan cemerlang. Insya ALLAH.

1. Pendapat Bekas Teman Sekerja

Perkara paling penting yang paling ingin diketahui oleh penemuduga adalah pendapat pengurus dan teman sekerja di tempat kerja kita terdahulu. Biasanya, mereka akan mengambil tahu tentang prestasi kerja, etika kerja dan perangai kita secara keseluruhan. Jadi, sentiasa berbaik dengan semua orang ye.

2. Pergaulan Dengan Orang Sekeliling



Satu lagi perkara penting bagi penemuduga adalah kemampuan kita untuk bergaul dengan orang lain. Hal ini penting kerana apabila kita bekerja, kita perlu berkomunikasi dengan baik dengan orang sekeliling terutama ahli kumpulan kerja kita dan para pelanggan. Komunikasi itu kunci.

3. Sangat Pentingkan Setiap Perkara Walaupun Perkara Kecil



Perkara kecil yang dimaksudkan termasuklah keupayaan kita menepati masa untuk membuat perkara yang ditugaskan dan perkara-perkara yang besar. Keupayaan untuk menepati setiap ciri-ciri termasuklah yang selalu dianggap tidak penting adalah penting untuk prestasi syarikat.

4. Integriti



Integriti ini termasuklah kejujuran dalam bekerja. Keikhlasan dan kekuatan diri kita untuk memikul amanah yang akan diterima apabila diberikan pekerjaan. Jika terbukti kita mempunyai integriti yang tinggi, insya ALLAH penemuduga akan nampak kualiti tersebut dalam diri kita dan memilih kita.

Teruskan Pembacaan...

Klik Untuk Baca Lagi »

You Might Like :

0 Response to "10 Perkara Penting Semasa Temuduga...!!!"

Post a Comment