20 Kronologi Kekejaman Ariel Sharon Sepanjang Riwayat Hidupnya..!!!

Sejarah kekejaman Ariel Sharon menyembelih rakyat Palestin

Ariel Sharon yang meninggal dunia pada Sabtu disifatkan sebagai antara pemimpin politik dan tentera Israel yang cukup kontroversi. Sikapnya yang keras menjadikan orang memanggilnya sebagai “TheBulldozer”.


Semasa jadi tentera, dia terlibat dalam semua peperangan besar Israel. Dia kemudian terjun ke dunia politik pada 1973. Kerjayanya sebagai ahli politik penuh dengan gelora sehinggalah kemuncaknya apabila dia mengalami serangan angin ahmar pada Januari 2006 yang menyebabkan dia koma dan tidak sedarkan diri sehinggalah kematiannya hari ini.


Dia yang terpilih jadi Perdana Menteri Israel pada 2001 dikecam teruk dan dihina kerana bertanggungjawab terhadap pembantaian ke atas pelarian Palestin di kem pelarian Sabra dan Shatila pada 1982.


Sharon merupakan antara generasi Zionis yang terlibat mengasaskan cita-cita tegaknya negara Israel. Dia meninggalkan legasi yang cukup kompleks yang kesannya dirasai sehingga hari ini oleh rakyat Palestin serta percaturan krisis Asia Barat itu.

Dialah orangnya yang menyusun dan melaksanakan dasar pemisahan dengan Palestin termasuk membina tembok pemisah di Tebing Barat pada 2002.


Sharon dilahirkan di wilayah Palestin pada 26 Februari 1928. Keluarganya merupakan keturunan Yahudi berasal dari Belarus. Pada usianya 17 tahun, dia menyertai kumpulan bersenjata Haganah yang memperjuangkan penubuhan negara Yahudi itu. Kumpulan itu kemudiannya menjadi tentera Israel.

Dia terkenal dengan sikapnya yang keras kepala dan degil serta tidak bertolak ansur dalam soal penubuhan negara Israel.

Semasa mengetuai kumpulan elit tentera komando rejim Yahudi, Sharon terlibat dalam beberapa serangan ke atas tentera Arab termasuk satu insiden yang cukup menyayat hati yang menyaksikan hampir 60 orang awam Palestin di perkampungan Qibya dekat Ramallah terbunuh pada 1953.


Semasa Perang Enam Hari 1967, ketika mana Israel merampas Tebing Barat dan Gaza, serta wilayah timur Baitulmaqdis dan Bukit Golan, Sharon mengetuai pasukan kereta kebal tentera Israel.

Teruskan Pembacaan...
Klik Untuk Baca Lagi »

0 Response to "20 Kronologi Kekejaman Ariel Sharon Sepanjang Riwayat Hidupnya..!!!"

Post a Comment