English...
Kadang kala, perkara paling mudah bagi kita untuk melakukannya dengan betul adalah perkara paling mudah untuk kita lakukan dengan cara yang salah. Kadangkala, ia hanya disebabkan oleh hilang sedikit tumpuan atau perkara itu sudah lama dipraktikkan sejak kecil. Kajian yang dilakukan mendapati tidak mempelajari sesuatu adalah lebih menyusahkan daripada mempelajarinya.
Di bawah adalah senarai 5 perkataan Inggeris yang selalu dieja dengan salah. Bukan sekali, malah berulang-ulang kali. Mungkin susah betul kita ingin mengingati ejaan 5 perkataan ini. Walaupun perkataan di bawah sepatutnya senang, jom kita tengok semula cara ejaan yang betul.
1. Business
Cara ejaan yang paling selalu digunakan adalah BUSSINESS. Mungkin kita selalu keliru dengan penggunaan dua ‘S’ di hujungnya atau sebab memang banyak perkataan Bahasa Inggeris yang menggunakan dua ‘S’. Itu yang selalu buat kita keliru. Tambah-tambah kita yang selalu cakap Bahasa Melayu ni.
2. Guarantee
Cara ejaan yang paling selalu digunakan adalah GARANTEE. Mungkin disebabkan tiada ‘U’ dibunyikan dalam menyebut Guarantee. Mesti bukan kita sahaja yang selalu salah mengeja perkataan ini, orang puteh pun mesti keliru jugak.
3. Antarctica
Ejaan ini sudah selalu memberi masalah bagi peserta Pertandingan Spelling Bee selama bertahun-tahun. Kanak-kanak selalu lupa yang terdapat perkataan ‘arctic’ pada perkataan Antarctica. Kalau Teacher Muja tak check betul-betul, mungkin akan kueja dengan ejaan ‘Antartica’. Korang rasa macam mana?
4. Acquire
Ianya mengenai huruf ‘C’. Kenapa perlu ada ‘acquaintance’ dan ‘acknowledge’ dan semua perkataan yang ada bunyi ‘ack-’? Macam mana nak ingat? Kan senang kalau eja ‘Acquire’ dengan ejaan ‘Ekuwaye’. Keh3
5. Before
Teacher Muja setuju yang kita boleh salahkan SMS sebagai penyebab kenapa ‘before’ selalu disalah eja. Yelah, dah selalu sangat kita tulis ‘b4′ semasa SMS. Selalu nak ringkaskan perkataan tanpa sebab. Mestilah tertulis macam tu juga atas kertas.
Nampak senang je kan, tetapi 5 perkataan Inggeris yang selalu dieja dengan salah inilah yang biasanya menjadi barah dalam penulisan kita dalam Bahasa Inggeris. Berhati-hati dalam menulis, terutama masa jawab soalan peperiksaan. Kesalahan ejaan adalah kesalahan yang dianggap besar.
Setakat inilah dulu. Penat sudah. Tunggu untuk artikel lain yang lebih menarik di masa akan datang. Insya ALLAH. Wassalaam.
Sumber
0 Response to "5 Perkataan Inggeris Yang Selalu Dieja Dengan Salah..!!!"
Post a Comment