Merancang untuk berhenti kerja boleh mendatangkan tekanan buat anda. Ada sesetengah orang meninggalkan kerjaya secara tiba-tiba dan ada sesetengah lagi mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan dan persediaan. Namun, jika anda mempunyai petanda-petanda di bawah, kami fikir anda perlukan 'nafas' baru!
1. Anda sudah tidak mempunyai minat terhadap syarikat sekarang
Jika anda sudah tidak mempunyai minat untuk jawatan sekarang, anda mungkin sudah memikirkan jalan keluar untuk meninggalkan syarikat sekarang dan mencari pekerjaan baru yang diminati. Mencari pekerjaan yang benar-benar serasi boleh membantu anda lebih bertenaga, 'segar' dan bersemangat terhadap hidup yang lebih gembira.
2. Anda banyak berkhayal
Saban hari, anda kerap memikirkan apa yang akan berlaku pada masa akan datang jika anda terus dengan pekerjaan sedia ada. Anda semestinya tidak mahu merasa kehidupan terlambat dan membiarkan impian anda berlalu pergi. Jika anda kerap berkhayal bekerja di tempat baru, mungkin berhenti kerja sekarang akan memberi kehidupan yang lebih baik akan datang.
3. Anda tidak menikmati masa rehat
Percutian adalah masa rehat untuk dinikmati sebelum kembali bekerja. Jika anda tidak menikmati percutian dengan gembira sebaliknya terlalu memikirkan bagaimana caranya untuk mendapatkan tenaga kembali 'mood' bekerja, sememangnya anda memerlukan pekerjaan baru yang boleh membuatkan anda sentiasa tidak sabar kembali ke pejabat.
Teruskan Pembacaan...
Klik Untuk Baca Lagi »

0 Response to "7 Petanda Anda Perlukan Pekerjaan Baru..!!!"
Post a Comment