Amalan harian punca penyakit
Kebanyakan kita berkongsi satu tanggapan iaitu kita cukup sihat sehingga dibuktikan sebaliknya. Tanggapan inilah kadangkala membuat kita terlepas pandang banyak tabiat harian boleh menjadi penyumbang kepada penurunan tahap kesihatan.
Antara beberapa tabiat harian yang boleh membuatkan kita sakit:
1. Menggunakan tuala dapur yang sama setiap hari
Tahukah anda, dapur adalah tempat paling kotor dan banyak kuman berbanding tandas?
Kajian Kebersihan Rumah Antarabangsa mendapati, secara global, kain lap dapur adalah `peralatan' rumah paling kotor, tercemar dan mengandungi banyak kuman.
Lebih 89 peratus rumah di seluruh dunia mengandungi bakteria pada tahap tidak memuaskan, manakala 78 peratus lagi dikategorikan sebagai sangat tercemar dan kotor. Di Malaysia lebih teruk kerana 100 peratus rumah responden mempunyai kain lap dapur yang sangat kotor dan tercemar.
Menurut Pengerusi Majlis Kebersihan Asia, Dr Christopher Lee, keputusan terperinci kajian menunjukkan bakteria paling banyak dikesan (pada lebih 50 peratus sampel) ialah Escherichia coli (E coli) yang menjadi petanda penting terhadap tahap kebersihan rendah.
Perkara ini disebabkan sikap tidak mencuci kain lap dapur, membiarkannya terperap dalam keadaan basah dan diletakkan di tepi sinki atau dapur meningkatkan lagi tahap pencemaran di rumah.
Selain itu, menggunakan kain sama untuk tujuan pembersihan selepas masak turut membantu menyebarkan bakteria ke seluruh dapur.
Sebaik-baiknya, kita perlu menggunakan kain lap berbeza untuk mengelap tangan dan dapur. Malah, kain lap ini perlu dibasuh dan ditukar setiap kali selepas memasak untuk membendung pembiakan bakteria E coli yang biasanya menjadi penyebab keracunan makanan.
2. Tidak mencuci tangan selepas keluar dari tandas
walaupun anda mencuci tangan di dalam tandas, anda harus membersihkan tangan sekali lagi sebelum meninggalkan kawasan tandas dan lap hingga kering. Tahukah anda, tangan boleh menjadi ejen penyebar bakteria paling cepat dan berkesan?
Kita juga perlu mencuci tangan sebelum mengambil makanan. Walaupun disediakan senduk, anda harus mencuci tangan terlebih dulu bagi mengurangkan risiko jangkitan makanan kerana bakteria Staphylococcus epidermis (S epidermis) dan S aureus hidup di atas kulit kita.
Dua lagi bakteria yang sangat dekat dan kerap menimbulkan masalah kesihatan ialah E coli dan salmonella. Untuk mencegah jangkitan, cuci tangan dengan sabun dan bilas sekurang-kurangnya 15 saat di bawah air mengalir (air paip) untuk menyingkir kekotoran dan organisme berbahaya.
Kebanyakan orang (80 peratus) mempunyai bakteria S epidermis, manakala 20 peratus lagi membawa bakteria S aureus, terutama yang mengalami masalah ekzema.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan, 30 peratus kematian di dunia ini disebabkan jangkitan bakteria akibat tahap kesedaran kebersihan yang rendah, terutama di negara membangun.
Teruskan Pembacaan...
Klik Untuk Baca Lagi »
0 Response to "8 Amalan Harian yang Mengundang Penyakit Tanpa Kita Sedari...!!!"
Post a Comment