Malah, kebanyakan ikon yang pergi untuk selamanya ini sangat menyerlah dalam bidang komedi.
Apapun, pemergianmereka tidak akan dilupai kerana jasa dan bakat mereka sememangnya meninggalkan kesan mendalam buat penggiat seni dan peminat industri hiburan tempatan.
Berikut adalah senarai anak seni yang pergi tidak akan kembali sepanjang 2013:
1. Azean Irdawaty meninggal dunia
Primadona filem Melayu, Azean Irdawaty, 63 tahun meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Petaling Jaya Selangor malam (17 Disember 2013).Allahyarham menderita sejak lima tahun lalu akibat penyakit kanser dan lymphedema yang dihidapinya. Difahamkan, pelakon itu meninggal dunia kira-kira jam 8.30 malam di depan suaminya. Khairil Anwar dan juga anak-anak.
Allahyarham merupakan pelakon yang mula mencipta nama sebagai penyanyi pada era 70-an dan namanya meledak di layar perak akhir 70-an setelah membintangi filem Esok Masih Ada arahan Tan Sri Jins Shamsuddin.
Di layar perak, Azean merupakan pemenang sebanyak dua kali trofi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia pada tahun 1980 menerusi filem Esok Masih Ada dan Langit Petang pada tahun 1982.
Allahyarhamah cukup dikenali menerusi watak Auntie Zai lakonan terbaiknya dalam filem Layar Lara arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba. Menerusi watak Tok Wan dalam filem Waris Jari Hantu, sekali lagi Allahyarhamah membawa pulang trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM pada 2008.
Filem terakhir lakonannya ialah menerusi filem terakhir arahan Allahyarham Yasmin Ahmad, Talentime pada tahun 2009. Selain filem, Allahyarhamah turut dikenali di skrin televisyen antaranya drama Aishah 50 Sen, Ratu Jamu, Kembali dan Najihah.
Allahyarhamah meninggalkan suami, Khairil Anwar Z.M Rashidi dan tiga orang anak, Khaeryll Benjamin, Elza Irdalynna dan Inessa Irdayanty. [Sinar Harian]
2. Pelakon Ahmad Busu Meninggal Dunia Akibat Strok
Pelakon dan pelawak Ahmad Busu, 60, yang popular pada tahun 80-an meninggal dunia akibat penyakit strok selepas maghrib pada Ahad, di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.Berita kematian pelakon komedi yang terkenal melalui watak Mat Deris dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu disahkan oleh Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandez yang mendapat perkhabaran itu daripada sahabat baik allahyarham, pelawak Hamid Gurkha.
Sementara itu, rakan baik Allahyarham pelawak Imuda, 53, berkata jenazah akan dibawa pulang di kediamannya di Taman Seri Andalas, Klang dan dikebumikan pada pagi Isnin.
"Saya dapat tahu tentang pemergian Allahyarham daripada salah seorang anaknya kira-kira selepas maghrib tadi, buat masa ini jenazah masih di hospital.
"Saya difahamkan jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya dan akan disembahyangkan di Masjid Lipat Kajang, Seri Andalas, dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam," katanya.
Allahyarham meninggalkan seorang balu dan juga tiga orang anak. [mStar / Utusan Malaysia]
3. Noreen Noor meninggal dunia
54 Tahun
Pelakon dan penyanyi era 80-an, Noreen Noor, 54, meninggal dunia pada pukul 5.50 pagi Selasa di Hospital Ampang Puteri, Selangor.Menurut penyanyi Norshila Amin, Allahyarham meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang.Jenazah akan dikebumikan di Kampung Pulai, Serkam, Merlimau, Melaka selepas solat Zohor. Menurut Norshila, Allahyarham telah dimasukkan ke hospital pada malam Isnin dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebelum disahkan meninggal dunia awal pagi ini.
"Hanya rakan-rakan rapat sahaja mengetahui keadaannya dan berita kehilangannya sangat mengejutkan kerana Allahyarham seorang yang ceria," ujarnya. Noreen pernah popular menerusi lagu Siang Terbayang Malam Merindu. Selain menyanyi, beliau juga popular di layar perak. Filem pertama lakonannya, Talak pada tahun 1980.
Antara filem lain yang pernah dibintanginya adalah Hantu Siang, Wira Angkasa dan Pelumba Malam.Allahyarham meninggalkan dua orang anak.. - 22/10/13 [Mstar]
Teruskan Pembacaan...
Klik Untuk Baca Lagi »
0 Response to "8 Selebriti Malaysia Yang Meninggal Dunia 2013..!!!"
Post a Comment