9 Perkara Yang Mungkin Anda Tidak Tahu Tentang Apple | Syarikat pengeluar gajet canggih iPhone dan iPad memang terkenal dengan sikap perahsia mereka. Akan tetapi ada juga perkara-perkara yang sulit mengenai mereka diketahui ramai. Artikel ini akan menyenaraikan 9 ‘rahsia’ yang menarik tentang syarikat yang berpengkalan di California ini.
1. Steve adalah anak angkat dan berdarah campuran Syria.
Mantan pengasas lagenda Apple yang juga pengarah urusan syarikat tersebut sebenarnya berdarah campuran Syria. Steve Jobs yang meninggal dunia pada Oktober 2011 sebenarnya anak kepada pasangan Joanne Schieble dan Abdul Fattah Jendali. Pasangan ini bertemu semasa berusia 23 tahun di Universiti of Winconsin.
Malangnya hubungan pasangan ini mendapat tentangan ibubapa Joanne dan memaksa anak pertama mereka Steve Jobs dihantar ke rumah anak yatim. Sungguhpun begitu pasangan tersebut berjaya juga berkahwin selepas krisis tersebut dan dikurniakan seorang puteri yang mana adik kandung Steve Jobs.
2. Komputer pertama Apple dijual pada harga Syaitan
Komputer pertama Apple, Apple I dijual pada harga USD666.66. Steve Wozniak memutuskan untuk meletak harga tersebut tanpa menyedari yang nombor-nombor tersebut seringkali dikaitkan dengan nombor syaitan.
3. Kargo penghantaran Apple hanya melalui udara bukannya laut
Apple adalah pelanggan terbesar Cathay Pasific. Ini adalah kerana Apple menghantar stok-stok mereka melalui penghantaran udara. Kelebihannya kerana ianya lebih cepat dan syarikat tersebut tidak terikat dengan lambakan stok memandangkan produk yang dihantar boleh terus dijual.
4. Macintosh adalah jenis buah epal
Komputer Apple dinamakan Macintosh bersempena jenis buah epal kegemaran Jef Raskin.
Pada ketika itu Macintosh hanyalah kod nama yang digunakan untuk melabelkan komputer Apple dan Steve Jobs dilaporkan menukar nama tersebut ke ‘bicycle’ semasa ketiadaan Jef Raskin tetapi tidak berjaya.
5. Steve Wozniak masih lagi pekerja Apple
Pengasas bersama Apple, steve Wozniak yang mana antara individu terawal membantu Steve Jobs menubuhkan syarikat Apple pada tahun 1976 tidak lagi aktif bersama Apple. Akan tetapi dia masih pekerja Apple dengan rasminya dan menerima imbuhan kira-kira USD120,000 setahun dari Apple.
Teruskan Pembacaan...
0 Response to "9 Info Menarik Berkaitan Apple..!!!"
Post a Comment