Berdasarkan trend yang kita lihat pada 2013,tidak keterlaluan jika dikatakan 2014 akan memperlihatkan teknologi baru yang lebih matang dan berkembang di luar jangkaan dengan apa yang kita bayangkan hanya beberapa tahun yang lalu.
Artikel ini akan mengulas kebarangkalian trend yang akan melanda dunia IT pada 2014. Ramalan ini dibuat berdasarkan beberapa trend yang hangat melanda 2013 dan masih tidak kelihatan penghujungnya, mungkinkah trend yang sama juga akan mendominasi 2014? Mari kita lihat di bawah;
1. Harapan pengguna kepada keupayaan TV pintar
Penghantaran TV pintar dijangka mencapai 123 juta unit pada 2014, meningkat kira-kira 84 juta berbanding pada 2012.
Persoalannya, adakah kita bersedia untuk melihat ‘letusan’ pertumbuhan dalam industri ini?
Dalam pertengahan pertumbuhan ini, kita akan terus melihat persaingan sengit antara pemain utama seperti Samsung, Panasonic dan LG.
Harga pula akan terus jatuh selari dengan keinginan pengguna yang banyak dan jangkaan kebolehan untuk menggunakan Netflix, Hulu, Amazon Instant Video dan pelayar web mereka menerusi TV di Malaysia yang bakal mewarnai dunia hiburan.
Sudah tentu perkembangan yang kita nantikan pada 2014 ini tertumpu kepada pengeluaran Apple yang jangkaannya lebih kepada iTV.
Kini iTV dilihat masih dalam peringkat awal pembangunan dan Apple mungkin sedang dalam proses membuat perjanjian dengan Time Warner untuk memudahkan pengaturcaraan pada peranti Apple.
Dikhabarkan peranti ini termasuk stream dalam iCloud, kebolehan dalam mengawal iPhone anda dan panel ultra LCD HD. Nantikan kemunculannya seawal musim panas 2014.
Teruskan Pembacaan..
0 Response to "7 Trend Dunia Teknologi IT 2014..!!!"
Post a Comment