8 Nama Jalan Sekitar Kuala Lumpur yang Ditukar Sempena Nama Agong..!!!

KUALA LUMPUR: Nama-nama jalan di sekitar Kuala Lumpur yang selama ini sudah dikenali bakal diberikan nama baharu oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).


DBKL menukar nama-nama jalan tersebut sempena nama raja-raja yang pernah ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong. 

Dalam kenyataan media yang ditandatangani Pengurus Perancangan Korporat DBKL, Dr. Ismail Tapa, tindakan penamaan semula tersebut adalah sempena nama raja-raja yang pernah ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Nama-nama baharu itu akan mula digunakan pada Rabu, 26 November.

Nama-nama jalan baharu tersebut ialah:

1.Jalan Dutaakan ditukar menjadi Jalan Tunku Abdul Halim
2.Jalan Khidmat Usahaakan ditukar menjadi Jalan Sultan Haji Ahmad Shah
3.Jalan Ipoh(dari persimpangan Jalan Segambut sehingga persimpangan Jalan Pahang) akan ditukar menjadi Jalan Sultan Azlan Shah
4.Persiaran Dutaakan ditukar menjadi Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin
5.Jalan Khidmat SetiadanJalan Ibadahakan ditukar menjadi Jalan Sultan Mizan Zainal Abidin
6.Lebuhraya Mahameruakan ditukar menjadi Lebuhraya Sultan Iskandar
7. Persiaran Mahameruakan ditukar menjadi Persiaran Tuanku Ja'afar
8. Jalan Semarakakan ditukar menjadi Jalan Sultan Yahya Petra



0 Response to "8 Nama Jalan Sekitar Kuala Lumpur yang Ditukar Sempena Nama Agong..!!!"

Post a Comment