12 Biodata Peserta Finalis Pencetus Ummah - Duniaku Dahwahku...!!!!

Astro Oasis yang sememangnya sinonim dengan pelbagai rancangan berbentuk keagaaman seperti 'Imam Muda' kini sekali lagi membawakan anda sebuah program realiti baru berjudul ‘Pencetus Ummah’ bermula pada 21 November ini.


Bertemakan ‘Duniaku Dahwahku’, program ini  memaparkan sedikit kelainan dimana para peserta menggunakan pelbagai cara kreatif dan platform yang wujud untuk membawakan mesej dakwah.

Mereka akan diberi penekanan dari segi pengucapan awam dan keupayaan menerbitkan karisma dalam menyampaikan dakwah menerusi metadologi yang berbeza.

Menurut Pengurus Saluran Astro Oasis, Encik Namanzee Harris, program ini telah mendapat sambutan hangat walaupun masih belum memulakan tayangannya.


“Biarpun masih belum memulakan siaran, program ini sudah mendapat maklum balas positif di kalangan masyarakat.

1. PU FAKHRUL
Nama Penuh: FAKHRUL ISLAM B. MD ZARIN
Umur : 24 tahun – Kandang, Melaka
Status : Bujang
Pendidikan : Ijazah UPSI (Pendidikan Islam)
Pekerjaan : Motivator
Profile : Mempunyai kebolehan meniru suara ustaz
Inspirasi : Ustaz Akil Hayy, Ustaz Haslin
Perwatakan : Berkeperibadian menarik & pandai menyanyi.

2. PU FIDZ
Nama Penuh: MOHD HAFIDZ B. MOHD ZAWAWI
Umur : 27 tahun - Machang, Kelantan
Status : Berkahwin
Pendidikan : Diploma Syariah KIAS
Pekerjaan : Imam di Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK)
Profile : semangat belajar dan bersaing tinggi
Perwatakan : suka menyendiri


3. PU HAFIZ
Nama Penuh: MUHAMMAD HAFIZ B. MOHD HANEEFA
Umur : 32 tahun - Klang , Selangor
Status : Berkahwin
Pendidikan : Master UIAM (Quran Sunnah)
Pekerjaan : Pensyarah qiraati dan Naib presiden Akademik di Kolej Hafiz, Klang.
Profile :Gemar bersukan, berenang dan seni pertahankan diri.
Inspirasi : Ibu & Ayah
Perwatakan : Mudah mesra dengan orang, suka timba pengalaman baru.
Adakah #PencetusUmmah Hafiz pilihan anda? Nantikan Mimbar Akhir #PencetusUmmah 9 Januari 2014 ini di saluran Astro Oasis dan Astro Maya HD

“Semua ini seolah-olah memberikan tanda positif bahawa program ini mampu untuk mencetuskan fenomenanya tersendiri. Kami akan memberikan yang terbaik kepada penonton terutamanya dari sudut kandungan dan pengisian program ini.” ujarnya ketika ditemui pada majlis memperkenalkan 12 peserta ‘Pencetus Ummah’ baru-baru ini.

Seramai 12 orang peserta yang terpilih iaitu Attan Thowi Yusof, Fakhrul Islam Md Zarin, Mohd Fakhrurrazzi Mohd Hanapi, Muhammad Hafiz Mohd Haneefa, Mohd Hafidz Mohd Zawawi, Hishammuddin Iberahim, Izzat Fathi Hisham, Shahrul Hamid M.P.H. Seeni Md, Mohd Sufian Mohd Isa, Mohd Zainudin Mohamed Zaini, Salman Maslori, dan Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan.

Selain itu, barisan Murabbi (fasilitator) yang terdiri daripada Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, Ustaz Zulkefli Hamat dan Ustaz Ahmad Termizi Abdul Razak serta pengacara bagi program ini, Ustaz Dr. Ridhuan  Tee Abdullah turut diperkenalkan.

Teruskan Pembacaan...
Klik Untuk Baca Lagi »


0 Response to "12 Biodata Peserta Finalis Pencetus Ummah - Duniaku Dahwahku...!!!!"

Post a Comment