Bagi meneruskan kesinambungan itu, Separuh Akhir Muzik Muzik kini kembali dengan edisi ke-28. Sebanyak 30 buah lagu yang berjaya mengumpul markah tertinggi menerusi carta Muzik Muzik 28 telah dipilih. Pastinya ramai yang tertanya-tanya dan tidak sabar untuk mengetahui penyanyi dan lagu manakah yang akan beraksi di pusingan Separuh Akhir Muzik Muzik pada 8, 15 dan 22 November nanti.
Cukup sinonim dengan paparan carta lagu tempatan, persembahan artis yang menarik dan segmen seperti “Buzz Buzz”, “Hot” dan “Gosip Fifi”, Muzik Muzik bertujuan untuk memartabatkan industri muzik tanah air terutamanya memberi pengiktirafan kepada komposer, penggubah lagu, penulis lirik dan penyanyi. Seperti sebelumnya, Muzik Muzik 28 masih mengekalkan sistem pencalonan baru iaitu berdasarkan carta lagu popular stesen radio tempatan untuk menzahirkan keseimbangan, di mana setiap lagu dipilih berdasarkan citarasa pendengar dari pelbagai faktor yang berbeza seperti demografi, genre dan peringkat umur.
Teruskan Selongkar...
Klik Untuk Baca Lagi »
0 Response to "30 Buah Lagu yang Berjaya Dipertandingkan dalam Separuh Akhir Muzik-Muzik 28 (2013)...!!!"
Post a Comment