KUALA LUMPUR, 20 DIS 2013: Bakal graduan  berkulit  hitam manis kelahiran Perak, Sabrina Benett, 23 telah dimahkotakan  gelaran Miss Universe Malaysia 2014 pada acara peringkat akhir  pertandingan ratu cantik itu di Pusat Konvensyen Setia City,  Shah Alam  malam tadi. 
Sabrina Bennett / 23 / Perak
  Sabrina Bennett
Dari Kiri, Lalitha Monisha, Sabrina Bennet
Sabrina telah menumpaskan saingan terdekatnya Lalitha Monisha, 20 dari  Sabah yang disebut-sebut mampu membawa pulang gelaran berkenaan.
Beliau telah membawa pulang wang tunai bernilai RM50,000 termasuk  hadiah sampingan lain dan tidak ketinggalan mahkota indah yang  diidam-idamkan oleh 19 peserta akhir Miss Universe Malaysia musim ini.
Saat Crowning... 
Kelihatan wajah Sabrina bagai tidak mempercayai kemenangan berpihak  kepadanya selepas bekas ratu tahun lalu, Carey Ng menyarungkan mahkota  kejayaan di atas kepalanya.
Ini bermakna, Sabrina akan mewakili negara ke pertandingan Miss Universe 2014 pada penghujung tahun depan.Sabrina juga akan sibuk menghadiri banyak aktiviti kemanusiaan, amal, fesyen dan kecantikan sebagai persediaan ke acara gilang-gemilang berkenaan.
Tempat ketiga telah dimenangi Kausalya Ida dari Kuching, Sarawak yang turut mendapat perhatian ramai dengan bentuk badannya yang menawan.
Sepuluh finalis telah menyarungkan gaun malam rekaan pereka fesyen Syomir Izwa dan segala penganjuran telah dikendalikan oleh Penasihat dan Mentor Miss Universe Malaysia, Elaine Daly.
Photo by : Miss Universe Malaysia Official Facebook Page
 @missuniversemalaysia at her first photo shoot and interview as the new queen! Watch out for the spread v soon on @star2style





0 Response to "Pemenang Miss Universe Malaysia 2014 Wakili Malaysia..!!!"
Post a Comment