9 Perkara Yang Mungkin Anda Tidak Tahu Tentang Apple | Syarikat pengeluar gajet canggih iPhone dan iPad memang terkenal  dengan sikap perahsia mereka. Akan tetapi ada juga perkara-perkara yang  sulit mengenai mereka diketahui ramai. Artikel ini akan menyenaraikan 9  ‘rahsia’ yang menarik tentang syarikat yang berpengkalan di California  ini.
1. Steve adalah anak angkat dan berdarah campuran Syria.
Mantan pengasas lagenda Apple yang juga  pengarah urusan syarikat tersebut sebenarnya berdarah campuran Syria.  Steve Jobs yang meninggal dunia pada Oktober 2011 sebenarnya anak kepada  pasangan Joanne Schieble dan Abdul Fattah Jendali. Pasangan ini bertemu  semasa berusia 23 tahun di Universiti of Winconsin.
Malangnya hubungan pasangan ini mendapat  tentangan ibubapa Joanne dan memaksa anak pertama mereka Steve Jobs  dihantar ke rumah anak yatim. Sungguhpun begitu pasangan tersebut  berjaya juga berkahwin selepas krisis tersebut dan dikurniakan seorang  puteri yang mana adik kandung Steve Jobs.
2. Komputer pertama Apple dijual pada harga Syaitan
Komputer pertama Apple, Apple I dijual  pada harga USD666.66. Steve Wozniak memutuskan untuk meletak harga  tersebut tanpa menyedari yang nombor-nombor tersebut seringkali  dikaitkan dengan nombor syaitan.
3. Kargo penghantaran Apple hanya melalui udara bukannya laut
Apple adalah pelanggan terbesar Cathay  Pasific. Ini adalah kerana Apple menghantar stok-stok mereka melalui  penghantaran udara. Kelebihannya kerana ianya lebih cepat dan syarikat  tersebut tidak terikat dengan lambakan stok memandangkan produk yang  dihantar boleh terus dijual.
4. Macintosh adalah jenis buah epal
Komputer Apple dinamakan Macintosh bersempena jenis buah epal kegemaran Jef Raskin.
Pada ketika itu Macintosh hanyalah kod  nama yang digunakan untuk melabelkan komputer Apple dan Steve Jobs  dilaporkan menukar nama tersebut ke ‘bicycle’ semasa ketiadaan Jef  Raskin tetapi tidak berjaya.
5. Steve Wozniak masih lagi pekerja Apple
Pengasas bersama Apple, steve Wozniak  yang mana antara individu terawal membantu Steve Jobs menubuhkan  syarikat Apple pada tahun 1976 tidak lagi aktif bersama Apple. Akan  tetapi dia masih pekerja Apple dengan rasminya dan menerima imbuhan  kira-kira USD120,000 setahun dari Apple.
Teruskan Pembacaan...

0 Response to "9 Info Menarik Berkaitan Apple..!!!"
Post a Comment