Sebuah terowong bawah tanah yang dalam pembinaan runtuh apabila tanah  di tapak pembinaan itu mendap di simpang empat Jalan Imbi. 
 Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, akibat kejadian  yang berlaku pada pukul 10.30 pagi itu, laluan di Jalan Imbi terjerlus  sepanjang 19 meter tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
"Laporan awal mendapati ia kemungkinan berpunca daripada paip besar Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd.) yang pecah, namun siasatan masih dijalankan," katanya di tempat kejadian.
Susulan kejadian itu juga, Perkhidmatan KL Monorail dari stesen Hang Tuah ke Stesen Imbi terpaksa dihentikan akibat runtuhan bawah tanah berdekatan dengan tiang monorel di simpang empat Jalan Imbi berkenaan.
Jalan Imbi akan ditutup mulai hari ini selama  dua minggu bagi kerja-kerja pembaikan dan pembersihan jalan yang  terjejas akibat terowong dalam binaan yang runtuh berhampiran lampu  isyarat Jalan Imbi-Jalan Pudu:  Timbalan Ketua Pengarah Pelaksanaan  Projek dan Penyelenggaraan DBKL  
Puncanya dikenalpasti dan telah diprankkan...Jadi Checkidot... 
Teruskan Selongkar...
Klik Untuk Baca Lagi »


0 Response to "10 Prank Meme Terowong Runtuh Di Simpang Jalan Imbi Yang Menjadi Viral..!!!"
Post a Comment