Hai selamat pengantin baru semoga...kekal abadi bahgia ke akhir hayat.... Bila cerita pasal perkahwinan pasti lagu-lagu tentang kahwin akan  terngiang tanda gembira meraikan pengantin. Lebih meriah lagi apabila  perkahwinan itu melibatkan artis terkenal negara yang menjadi public  figure. Bila nikahnya, apa pakaiannya, hantarannya semuanya diperincikan  dalam artikel.
Jadi jom kita selongkar dan singkap imbasan perkahwinan artis yang berkahwin sepanjang tahun 2014. 
Syamsul Yusof & Puteri Liyana
8 Mac 2014
BIARPUN masih lagi dalam keadaan kurang sihat akibat penyakit demam denggi, pengarah filem dan pelakon Syamsul Yusof, 30, akhirnya selamat bergelar suami kepada aktres Puteri Sarah Liyana, 29, dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Al Mukarramah, Sri Damansara, di sini, Sabtu.
Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid Al Mukarramah kira-kira pukul 10.30 pagi. Puteri Sarah diwalikan oleh bapanya Megat Kamaruddin Megat Shamsuddin.
Syamsul memberikan mas kahwin sebanyak RM1,111.
Sementara itu, majlis resepsi yang dijadualkan berlangsung pada malam Sabtu ditunda ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian berikutan keadaan kesihatan Syamsul. Syamsul yang dimasukkan ke Pusat Perubatan Gleneagles pada Selasa selepas disyaki demam denggi masih lagi mendapatkan rawatan di pusat perubatan tersebut.
Manakala majlis menyambut menantu akan diadakan pada 18 April di Dewan Perdana Felda dan 20 April di kediaman pengantin lelaki di Taman Melawati. Pada 12 Januari lalu, Syamsul telah merisik Puteri Sarah dalam satu majlis yang diadakan di kediaman wanita itu di Sri Damansara, di sini.
 Radhi OAG & Nur Shahira Ayu Zahiri
4 April 2014
Nikah  Kali Ke-2 : Radhi OAG Sah Bergelar Suami Kepada Shahira Ayu | Pada  tarikh yang cantik, 4 April 2014 (4.4.14) merupakan hari bahagia buat  Radhi OAG, 37 atau nama sebenarnya Mohd Radhi Razali apabila sah  bergelar suami kepada model sambilan bernama Nur Shahira Ayu, 20 tahun  dengan sekali lafaz.Pasangan ini telah dinikahkan oleh Imam Besar Masjid, Ustaz Mohd Firdaus  Subhi berwakil wali bapa pengantin perempuan, Zahiri di Masjid Sultan  Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Ayu menerima mas kahwin berjumlah  RM300 berserta wang hantaran sebanyak RM30,000.
Teruskan Selongkar...
Klik Untuk Baca Lagi »
Teruskan Selongkar...




0 Response to "15+ Imbasan Perkahwinan Artis Di Sepanjang Tahun 2014...!!!"
Post a Comment