10 Biodata Finalis (PU2014) Pencetus Ummah Musim Ke 2..!!!

Program realiti Pencetus Ummah ternyata telah berjaya mencipta fenomena televisyen di Malaysia. Kelainan pendekatan dakwah yang dibawakan berjaya mencuri perhatian dan mendapat sambutan yang amat memberangsangkan.

 Terbaru, program pencarian pendakwah kreatif ini kembali untuk musim kedua dengan memperkenalkan para peserta serta mengumumkan barisan tenaga pengajar yang terlibat. Aku juga masih ingat lagi Pencetus Ummah yang sebelum ini di mana beberapa kali hadir di Mimbar Pencetus Ummah dan menonton secara langsung di KUIS.

Sepuluh orang peserta Pencetus Ummah musim kedua yang terpilih adalah Mohamad Azraie Mohamad Yunus (PU AZRAEI), 24 tahun dari Kedah; Amir Shahrizal Md Sharif (PU AMIR), 37 tahun dari Kedah; Azihal Bangsawan (PU AZIHAL), 31 tahun dari Sabah; Mohd Lokman Ahmad (PU LOKMAN), 29 tahun dari Pahang; Mohd Yusof Bin Arbain (PU YUSOF), 34 tahun dari Pahang; Mohd Nasri Bin Abd Manap (PU NASRI), 40 tahun dari Kedah; Suhaimi Mohd Yunus (PU SUHAIMI), 34 tahun dari Perak; Johani Ibrahim (PU JOHANI), 30 tahun dari Johor; Ahmad Faiz Hafizuddin Rosli (PU FAIZ), 25 tahun dari Kelantan dan Azman Syah Bin Alias (PU AZMAN), 33 tahun dari Kuala Lumpur.



Pihak Astro Oasis turut memperkenalkan barisan Murabbi (fasilitator) yang terdiri daripada Ustaz Haslin Baharim atau lebih dikenali dengan nama Ustaz Haslin Bollywood,Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman dan Fauziah Nawi.

Menerusi Mimbar Pencetus Ummah akan bersiaran SECARA LANGSUNG pada setiap hari Khamis, jam 9.00 malam bermula 13 November ini, para penonton bakal menyaksikan persembahan tazkirah, sesi soal jawab, komen para juri dan persembahan istimewa daripada artis undangan. Peserta yang mendapat markah tiga terendah perlu mendapat sokongan undian di laman web rasmi Pencetus Ummah dan akan diumumkan tersingkir pada episod yang akan datang sekiranya masih mendapat undian yang terendah. Selain itu, penonton juga dapat mengikuti rangkaian program Pencetus Ummah yang lain di Astro Oasis (Saluran 106) dan Maya HD (Saluran 135).

 Para peserta finalis Pencetus Ummah Musim ke 2 (2014)


1. PU Amir
Status & Umur : Berkahwin & 37 tahun
Pekerjaan : Guru Pemulihan Khas
Asal (tempat lahir): Alor Setar, Kedah

Latarbelakang :
Anak sulung daripada 8 orang adik beradik
Pendekatan mengajar dengan mengamalkan Selawat Syifa’ kepada pelajar – pelajar pemulihan khas (lembap2)
Bukan dari pendidikan agama secara formal
Rapat dengan anak muda kampung. Berprogram bersama

Teruskan Selongkar...
Klik Untuk Baca Lagi »

0 Response to "10 Biodata Finalis (PU2014) Pencetus Ummah Musim Ke 2..!!!"

Post a Comment